Monday 12 March 2018

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما


Sangat mudah diperdaya..
Hanya dengan hiburan sahaja..
Panama nama gelarannya..
Tua muda gilakannya..

Benar sudah kata Baginda..
Yahudi nasaro tak pernah suka..
Pada Islam sampai bila-bila..
Sampai umat ikuti mereka..
Ke lubang biawak diturutinya..

Kaum wanita tolong jaga..
Jangan keluar dari garisannya..
Hiburan itu boleh sahaja..
Asalkan tidak bercampur jantan betina..

Mulianya perempuan kerana malu..
Semakin tertutup semakin berharga..
Kalau hilang sifat malu..
Rosak dirinya juga agama..

Jangan ikut peredaran masa..
Jika merosak aturan agama..
Jangan kerana takut dikata..
Perbuatan yang buruk diturutkannya..

Hadis Nabi Salallahu Alaihi Wassalam..

ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﺳَﻌِﻴﺪٍ ﺭَﺿِﻲَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻨْﻪُ ﺃَﻥَّ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲَّ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻗَﺎﻝَ ﻟَﺘَﺘَّﺒِﻌُﻦَّ ﺳَﻨَﻦَ ﻣَﻦْ ﻗَﺒْﻠَﻜُﻢْ ﺷِﺒْﺮًﺍ ﺑِﺸِﺒْﺮٍ ﻭَﺫِﺭَﺍﻋًﺎ ﺑِﺬِﺭَﺍﻉٍ ﺣَﺘَّﻰ ﻟَﻮْ ﺳَﻠَﻜُﻮﺍ ﺟُﺤْﺮَ ﺿَﺐٍّ ﻟَﺴَﻠَﻜْﺘُﻤُﻮﻩُ ﻗُﻠْﻨَﺎ ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺍﻟْﻴَﻬُﻮﺩَ ﻭَﺍﻟﻨَّﺼَﺎﺭَﻯ ﻗَﺎﻝَ ﻓَﻤَﻦْ ؟

“Sungguh, kalian benar-benar akan mengikuti kebiasaan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun kalian pasti akan mengikuti mereka.” Kami bertanya; “Wahai Rasulullah, apakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka?” 

(HR Musim – Shahih)

12 Mac 2018

No comments:

Post a Comment

Ku warkahkan kata-kata terakhirku disini.. Detik terindah Ku kembali menapak selangkah demi selangkah menuju kearah hamparan tikar sej...