Monday 8 June 2020

Ku warkahkan kata-kata terakhirku disini..

Detik terindah

Ku kembali
menapak selangkah demi selangkah
menuju kearah hamparan tikar sejadah
tanpa ku sedari
hati menanggung saratnya seribu satu rasa
ditemani air mata yang berjujuran

hati ini terdetik
timbul satu persoalan

mengapa timbulnya rasa bersalah
yang menggunung disekeping hati tatkala
jasad ini ingin mengabdikan diri 
pada ilahi 


Friday 2 November 2018

Assalamualaikum. Kita sering mendengar kata-kata ‘dosa memfitnah lebih besar daripada membunuh’ dan ada yang menyatakan ‘lebih baik membunuh daripada memfitnah!”.
Benarkah pernyataan begini SS Datuk Mufti? Jazakallah.

_________________________________________________________________________

Alhamdulillah pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Pernyataan atau dakwaan bahawa dosa memfitnah dalam erti kata membuat tuduhan palsu terhadap seseorang adalah lebih besar dosanya daripada membunuh telah tersebar luas dalam kalangan masyarakat.
Banyak nasihat dan peringatan diberikan akan bahayanya fitnah dan betapa besarnya dosa melakukan pertuduhan palsu terhadap seseorang atau mereka-reka berita yang tidak benar tentang sesuatu perkara. Mereka berdalilkan dua ayat al-Qur’an yang sering dipetik untuk menyokong pernyataan tersebut:
وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ
Maksudnya: ... dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan...
(Surah Al-Baqarah: 191)
وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ
Maksudnya: Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan.
(Surah Al-Baqarah: 217)
InshaAllah, pada kesempatan ini kami akan jelaskan maksud sebenar kedua-dua petikan ayat al-Qur’an ini berdasarkan konteks keseluruhan ayat dari sudut siyaq al-ayat (urutan sebelum dan selepas ayat) beserta tafsiran daripada para ulama’ tafsir yang mu’tabar.

Konteks Penurunan Ayat
Bagi ayat 191 Surah Al-Baqarah, ayat penuhnya ialah:
وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُم مِّنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ وَلاَ تُقَاتِلُوهُمْ عِندَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ حَتَّى يُقَاتِلُوكُمْ فِيهِ فَإِن قَاتَلُوكُمْ فَاقْتُلُوهُمْ كَذَلِكَ جَزَاء الْكَافِرِينَ
Maksudnya: Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.
Manakala bagi ayat 217 surah yang sama pula, ayat penuhnya ialah:
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الشَّهْرِ الْحَرَامِ قِتَالٍ فِيهِ قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌ  وَصَدٌّ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ وَكُفْرٌ بِهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَإِخْرَاجُ أَهْلِهِ مِنْهُ أَكْبَرُ عِندَ اللَّـهِ ۚ وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ ۗ وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا ۚ وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَـٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ وَأُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).

Komentar Ulama’ Tafsir
Kami nukilkan disini takrifan dan maksud kalimah fitnah yang terdapat dalam kedua-dua ayat di atas:
  1. Imam at-Thabari
Makna fitnah dalam ayat والفتنة أشد من القتل ialah syirik, maka ayat ini bermaksud penentangan kaum kafir musyrikin terhadap orang Mu’min sehingga dia kembali menjadi musyrik, adalah lebih dahsyat dan lebih memudaratkan berbanding dia dibunuh dalam keadaan dia tetap berpegang teguh pada agamanya (Islam). Beliau turut menukilkan pandangan Mujahid yang mempunyai maksud yang sama dalam hal ini. (Rujuk Jami’ul Bayan fi Ta’wil al-Qur’an, 3/565)
  1. Imam al-Qurthubi
Menurut beliau, ayat ini turun berkenaan salah seorang sahabat yang bernama Waqid bin Abdillah at-Tamimiy r.a yang telah membunuh ‘Amru bin al-Hadhramiy pada akhir bulan Rejab (salah satu bulan haram) dalam satu ekspedisi bersama beberapa orang sahabat yang lain, dalam usaha menangani ancaman musyrikin Quraish di Mekah.
Maka, fitnah dalam ayat ini merujuk kepada usaha orang kafir untuk memaksa kaum Muslimin supaya kembali kepada kekufuran, dan ia adalah lebih besar kemudaratannya berbanding usaha balas kaum Muslimin untuk kembali memerangi mereka meskipun pada bulan-bulan haram.
(Rujuk Tafsir al-Qurthubi, 2/351 dan 3/46)
  1. Syaikh Abdurrahman as-Sa’di
Kata Syeikh as-Sa’di, berperang sewaktu bulan-bulan haram di Tanah Haram (Mekah) merupakan satu mafsadah, namun demikian fitnah yang dilakukan oleh kaum Musyrikin iaitu menghalang manusia daripada agama Allah dan melakukan syirik merupakan mafsadah yang lebih besar. Maka berperang dalam keadaan tersebut adalah diharuskan.
Daripada ayat ini jugalah salah satu kaedah fiqh yang masyhur diambil: Mengambil / melakukan mudarat yang lebih kecil untuk mengelakkan mudarat yang lebih besar.
(Rujuk Taysir al-Karim ar-Rahman, 1/89 dan 1/97)

Kesimpulan
Kesimpulannya, dua ayat al-Qur’an yang dipetik berkenaan fitnah itu tidak memberi maksud dosa memfitnah orang lain seperti tuduhan zina tanpa bukti adalah lebuh besar dosanya berbanding membunuh. Istilah fitnah dalam konteks ayat di atas merujuk kepada penentangan kaum kafir musyrikin terhadap orang Mu’min dan kesyirikan mereka terhadap Allah SWT.
Sangkaan bahawa dosa memfitnah seperti menuduh seseorang adalah lebih besar dosanya berbanding membunuh adalah tidak tepat sama sekali dan tersasar daripada kehendak sebenar al-Qur’an.
Kefahaman terhadap al-Qur’an hendaklah bersumberkan daripada tafsiran para ulama’ mu’tabar, dan bukan sekadar sangkaan (zhann) atau ikut-ikutan tanpa penelitian.
Wallahu a’lam.

Wednesday 14 March 2018

Result SPM 2018!!

Assalamualaikum, sy Ashadiya Ain, admin kpd group 🌺🌹 Quotes Of The Day 💬. Ain tgh cuba function "broadcast whatsapp" ni kpd semua contact Ain yg berumur 18 tahun (73 org) buat pertama kali. Tak tahu sampai ke tak mesej ni, tapi ingin sampaikan sesuatu 👌🏻

Siapa yg x debar ambik result kan? Lagi2 SPM.

Tapi tulah kita kene sentiasa pujuk diri bahawa..

📚 Spm bukanlah segala-galanya.
📚 Spm bukanlah penghujungnya.
📚 Spm bukanlah penentu masa depan kita.

Spm hanyalah..
➡ ujian terakhir utk tingkatan 5 dn kpd yg layak. Soalan2 yg dikhaskan utk pelajar yg bakal ambil spm.
➡ utk menguji sejauh mana kita faham pelajaran2 yg dh dah dididik oleh cikgu sekolah menengah,cikgu tuisyen selama ni. Dan menguji di luar kotak kita iaitu KBAT~ ✅

Begitu juga dgn result laen2. Hanya utk "menguji" . 🧠
Ada org...dia x ambik pun spm, x dididik oleh cikgu, tapi dia genius, rajin baca buku2 kaitan spm dn belajar sendiri. Adakah tu bermakna dia org yg gagal dlm kehidupan sbb x ambik SPM? Tak.

Sama juga seperti kita tak ambik pun STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia), tapi kita rajin menuntut ilmu agama setiap hari dgn pelbagai cara. Jadi adakah ini bermakna kita dah gagal dalam agama sbb x ambil STAM?
➡ Result2 semua tu hanya utk tgk sejauh mana kita dah berusaha sahaja. Kita hanya berusaha, dan Allah yg menentukan. ✅

Kak Ain yakin cikgu2 pun pernah bagitahu kita semua.. Bahawa Spm dpt memudahkan kita utk masuk ke dunia pelajaran seterusnya atau ke pekerjaan seterusnya, ya, tapi ni tambahan sahaja. Kak Ain x nafikan juga yg cikgu mmg sgt2 menekankan kita tntg spm supaya kita lagi focus. 💯👀

Tapi sedarlah...bahawa kerajaan dan swasta ada sediakan tmpat khas utk pelajar yg kurang score utk sambung belajar.
Manakala dri segi pekerjaan, skrg ni lagi byk yg tgk pengalaman kerja, kebanyakan pekerjaan mmg x pandang langsung result kita pun. 😂 kecuali yg libatkn skill, tapi ada juga x pandang langsung result skill tu.

Jadi kenapa kita perlu anggap SPM ni mcm penting sgt? Lets just be open minded. 🧠

Kalau takut kecewakan parent..pujuk mereka. Bagitau..

"Ibu abah..  Ni result spm saya, lepas ni sy nk cuba sambung study kat xxxxxx / buat masa ni nk kerja terus kat xxxxx / buat masa ni xxxxxx. Sy akn jadi org yg berjaya di dunia dn di akhirat, dn dpt berbakti kpd ibu dn abah, InnshaAllah".

☝🏼 Niat dn matlamat kita kena jelas, supaya mereka x risau dan salahkan result spm kita yg tak berapa nak score.

🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿
Nanti dh dpt result, apa2 pun keputusan baik atau teruk, ucap je "syukur alhamdulillah"... Dn jgn bandingkn result dgn kwn, maksudnya jgn tunjuk atau tgk result org laen. Elakkan tauu. Kecuali terpaksa, pstu tgk balik result sendiri "alhamdulillah".. ✨

Kalau kita bersyukur, Allah akn tambahkan lagi nikmat 🌺🌹 apa2 pun jua keputusan yg kita dpt nanti, trust me it's not the ending. Allah tahu apa yg terbaik buat kita semua. 🤗 wallahua'lam.

Maaf kalau ada salah dan silap.

Monday 12 March 2018

WARKAH CINTAKU🌹

Dhofwatul"aisy🌷

WARKAH CINTAKU🌹


takdir ilahi

saya baru kehilangan arwah ibu dan ayah!bagaimana perasaan?bagaikan remuk dan hancur!bagaikan tiada yang mampu dirungkai..

menanggis?bagaikan tak mampu nak menanggis seolah olah ada sesuatu yang menghalang utk terus menanggis..tersenyum itu hanya sekadar senyum!hati kosong!kerinduaan makin menebal

hatta nak melangkah terasa berat!!berat!!saya tak mahu tgk jenazah mak!!saya xnak!!bukan sebab xnak disebabkan benci tapi lillahi ta"ala saya terlalu sayang dan rinduu!!orang lain berlari nak tgk wajah mak buat kali terakhir!saya hanya melihat dari jauh


Disaat waktu saya mendekat!saya azamkan dalam hati
"Ya rabb!lapangkan hatiku utk menerima ketentuanmu!jgn biarkan air mata ini menitis disaat bibir ini mengucup dahi ibuku yang tersayang!jadikanlah kerinduaan ini kerinduaan dalam batas batasmu ya Allah!saat ku dekati ibu!selawat dan kucupan terakhir didahinya

(Dalam hati )
makkk!!knapa makk tglkan orang!mak tunggu orang kat sana nah!orang sayang mak! *orang rindu mak!!orang saksi bagaimana mak besarkan orang

waktu tu bagaikan ada satu kekuatan dimana rasa kuat!ahli keluarga yang berlari nak kucup mak buat kali terakhir ada yg menanggis!ada yang nak pengsan sebab terlalu terkejut!saya pulak yang ada kekuatan utk sabarkan mereka

Allahhurabbi!!

Aturan Allah ini hebat!kekuatan ini bukan sekadar fizikal tapi melalui hati dan betapa kuatnya kita letak sungguh sungguh Harapan dekat Allah swt..

Jangan takut utk meminta!
Disaat ada yang memeluk atau setiap kali ada yang memeluk erat..akan mereka mengatakan
jaga diri elok elok ye

Perkataan ini membuatkan diri nie xdak sapa sapa dah  ..

Waktu ini perasaan jatuh kembali bertandang!!
Ya rabb!!jgn biarkan ujianmu ini melemahkan ku ya Allah!!jgn biarkan apa yang ditakdirkn ini menjauhkan diri ku darimu ya Allah!ipeganglah diriku utk kukuh berdiri denganmu!selalulah bersamaku yaAllah .
(Sambil gengam tgn melihat kebawah)

Tiba tiba anak sedara yang kecik datang!
Maksu kenapa nangis?
Maksu nak makan tak?
Mak panggil maksu makan..
Tiba tiba kak mai dok tepi,dia kata
"Adik nak dduk ngn kak jom la,jgn dok ikut perasaan"

Waktu tu lagi sekali aku sedar yang Allah ni mempunyai hikmah utk aku!
Allah hadirkan abg abg!kakak!makcik dan adik beradik lain disisi

AKU KENA KUAT

takdir dan hikmah Allah swt nie hebat!bukan semudah ABC!..aturan yang diatur sangat cantik dan menakjubkan!bila kata Allah swt yang susun kehidupan kita!maka selesai tak perlu kita risau!.kekuatan ini perlu dicari!cari Allah swt maka Allah akan mudahkanmu!

Buat mak abah!lillahi ta"ala  tiada yang lebih bermanfaat dan indah apabila salah satu nikmat diberikan Allah swt memiliki kalian...sayang mak!!sayang abah!!

Buat kalian yang hilang orang tersayang..bangkit ye.mudahan perjlanan kita semua diredhai...moga kasih sayang kita bersemi dgn kehadiran orang tersayang...hargailah🌹
...   

🌷 semoga arwah mak abah dan buat mereka yang meninggalkan kita diberkati dan diampuni dosa dosa mereka serta bersama orang beriman dan  dikelilingi taman taman syurga
( bisirril fatihah)


اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Peluang kedua

PELUANG KEDUA

semalam
tak seperti hari ini
Mungkin saja
semalam adalah hari yang paling daripada hari ini
Mungkin;
semalam banyak maksiat yang kau,aku ,kita lakukan
banyak dosa yang sentiasa dilakukan
banyak lupa Tuhan Yang Satu
Quran juga masih penuh dengan debu,
rantaian tasbih yang menjadi pengikat rasa rindu aku,kau dan kita kepada Ilahi
Masih lagi tidak terusik
sejadah juga diam,;kaku dalam lipatan

Tapi--
hari ini
aku,kau,kita celik
pandang langit
sentuh wajah kendiri
manik-manik jernih laju menitis setitik demi setitik
Terduduk
memeluk lutut

Aku,kau,kita bersyukur
kerna kita diberi peluang kedua untuk hidup didunia ini

Walau
semalam aku ,kau, kita
terlalu teruk
bagaikan berada dalam di malam hari
tanpa sinar cahaya yang hadir menerangi
Kelam--

Aku ,kau ,kita
peroleh peluang kedua ini
kerna wujud ikatan kasih antara kita dan Ilahi
walau kita--
sentiasa lupakan Dia dalam hariku
Tapi-
Dia balas dengan sebutir pelangi yang indah
peluang kedua ini amat berharga
ia takkan dipersia🍃


@TheKhalifahBiru
Sis nak pesan,

Kesilapan perempuan yang pakai tudung, mereka menilai orang yang ‘Free hair’ dengan berkata:

‘Dia sendiri tak tutup aurat pandai-pandai nak nasihatkan orang’

Vs

Kesilapan perempuan yg ‘Free hair’ , mereka menilai orang yang bertudung dengan berkata :

‘Eleh, tak payah lah nak bajet bagus dan alim sangat nak nasihatkan orang'

Kenapa ini boleh berlaku? Kerana dua-dua yang sombong sebenarnya ☺

MENCABUT PERASAAN BENCI

MENCABUT PERASAAN BENCI

Anda jangan pernah merasa tenang jika Anda pernah merasa benci kepada orang lain, meskipun ia berbuat jahat kepada Anda.

Walaupun Anda merasa sangat berat untuk tidak membenci orang itu, tapi cobalah mulai dengan mendoakannya.

Doakanlah orang yang pernah berbuat jahat kepada Anda agar dosanya diampuni ALLAH SWT, diberi petunjuk dan dituntun ke jalan yang baik. Doakanlah, mudah-mudahan ALLAH SWT memberinya taufik.

Pada awalnya, hal ini memang akan terasa sangat berat. Tetapi, jika Anda memiliki tekad yang sungguh-sungguh untuk selalu bersama ALLAH SWT, lambat laun hal ini akan menjadi ringan. Pada akhirnya, Anda akan menjumpai bahwa ALLAH SWT telah mencabut perasaan benci itu dari hati Anda.

DIpetik daripada:
Kitab:TERAPI RUHANI UNTUK SEMUA Mengetuk Sanubari Untuk Berlari Menjemput Kasih Ilahi

Penulis: HABIB ALI AL-JUFRI
SemOga bermanfat.....

#salamKEMAAFAN

Man jadda wajada 
- Siapa yang bersungguh 
   pasti berjaya .

Man shabara zhafira
- Siapa yang bersabar 
   pasti beruntung

Man sara ala darbi washala
- Siapa yang menapaki jalannya 
   akan sampai ke tujuannya

Mana yg baik teruskan😊

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما


Sangat mudah diperdaya..
Hanya dengan hiburan sahaja..
Panama nama gelarannya..
Tua muda gilakannya..

Benar sudah kata Baginda..
Yahudi nasaro tak pernah suka..
Pada Islam sampai bila-bila..
Sampai umat ikuti mereka..
Ke lubang biawak diturutinya..

Kaum wanita tolong jaga..
Jangan keluar dari garisannya..
Hiburan itu boleh sahaja..
Asalkan tidak bercampur jantan betina..

Mulianya perempuan kerana malu..
Semakin tertutup semakin berharga..
Kalau hilang sifat malu..
Rosak dirinya juga agama..

Jangan ikut peredaran masa..
Jika merosak aturan agama..
Jangan kerana takut dikata..
Perbuatan yang buruk diturutkannya..

Hadis Nabi Salallahu Alaihi Wassalam..

ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﺳَﻌِﻴﺪٍ ﺭَﺿِﻲَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻨْﻪُ ﺃَﻥَّ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲَّ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻗَﺎﻝَ ﻟَﺘَﺘَّﺒِﻌُﻦَّ ﺳَﻨَﻦَ ﻣَﻦْ ﻗَﺒْﻠَﻜُﻢْ ﺷِﺒْﺮًﺍ ﺑِﺸِﺒْﺮٍ ﻭَﺫِﺭَﺍﻋًﺎ ﺑِﺬِﺭَﺍﻉٍ ﺣَﺘَّﻰ ﻟَﻮْ ﺳَﻠَﻜُﻮﺍ ﺟُﺤْﺮَ ﺿَﺐٍّ ﻟَﺴَﻠَﻜْﺘُﻤُﻮﻩُ ﻗُﻠْﻨَﺎ ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺍﻟْﻴَﻬُﻮﺩَ ﻭَﺍﻟﻨَّﺼَﺎﺭَﻯ ﻗَﺎﻝَ ﻓَﻤَﻦْ ؟

“Sungguh, kalian benar-benar akan mengikuti kebiasaan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun kalian pasti akan mengikuti mereka.” Kami bertanya; “Wahai Rasulullah, apakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka?” 

(HR Musim – Shahih)

12 Mac 2018

JAUHI SIFAT EGO

 Bismillah

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ  وَرَسُولِكَ النَّبِيِِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ

malam ni adalah malam pertama kita adakan usrah di group BWS

🍒 jadi saya perkenalkan diri dulu..

Nama : Najwa
umur : 18 tahun
tinggal : terengganu

naqibah minggu ini InshaAllah admin yg akan lead sepenuhnya, memandangkan group ni x stabil lagi untuk buat jadual ye :)

 Allah SWT berfirman:

وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِى الْاَرْضِ مَرَحًا   ۗ  اِنَّ اللّٰهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُوْرٍ


"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."
(Luqman 31:18)

 🚲 Islam adalah agama yang mulia. Justeru, penganut islam dituntut supaya mngamalkan akhlak yg baik sesuai dengan kemuliaan yang sedia ada dalam agama islam.

jadi.....

kita sebgai umat islam  seharusnya menjauhkan diri daripada sifat sifat keji seperti yg dinyatakan dalam ayat ayat al quran dan hadis nabi muhammad s.a.w


🛵 Antara sifat yang perlu dijauhi dan dihindari adalah sifat sombong!!! sombong .

Salim Al-hilali dalam kitabnya bahjatun nazirin tentang sifat sombong. Menurut beliau, sombong adalah perasaan yang hadir apabila seseorg itu merasakan dirinya sempurna, malah lebih baik drpd org. Dia merasakan dirinya berada pada jalan kebenaran melebihi org lain.. 

nauzubillah hi min zalik


 🔥 Ego termasuk dalam salah satu daripada ciri ciri orang yang sombong. Menurut kamus dewan, ego ialah perasaan dimana seseorg itu menganggap dirinya lebih daripada org lain. Dia merasakan dirinya lebih baik ataupun lebih mulia daripada org lain. Ego tidak mendatangkan sebarang kebaikan kpd diri seseorg, apatah lagi kalau dia seorg muslim.

 ☘ Allah s.w.t begitu membenci orang orang yang mempunyai sifat ego.

Allah berfirman :

~maksudnya :

Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang sombong takbur dan membanggakan diri.

(surah an nisa ayat 36)


 kerana ego, iblis merasakan dirinya lebih mulia drpd Adam. Dia menolak arahan Allag swt supaya memberikan tunduk hormat kepada Adam. Iblis dikeluarkan drpd syurga dan dilaknat oleh Allah swt. sehingga hri kiamat.


Allah SWT berfirman:

قَالَ فَاخْرُجْ مِنْهَا فَاِنَّكَ رَجِيْمٌ

"Allah berfirman: Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir."

dan

وَّاِنَّ عَلَيْكَ اللَّعْنَةَ اِلٰى يَوْمِ الدِّيْنِ

"Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat."

(Surah Al-Hijr Ayat34-35)



🌹 Nabi Muhammad s.a.w turut menafikan balasan syurga bagi orang orang yang ada perasaan ego dalam dirinya walaupun hanya sekelumit.
Abdulullah bin Mas'ud melaporkan, Nabi Muhammad SAW berkata :

yang bermaksud :

Tidak masuk syurga sesiapa yang dalam hatinya seberat zarah perasaan sombong 

(hadis direkodkan oleh imam muslim)

: 🌸 iman An-nawawi dalam syarh Shahih Muslim menerangkan, hadis ini mengandungi larangan agar tidak bersifat sombong kepada manusia serta menolak kebenaran. Berdasarkan beberapa keterangan ayat al quran dan hadis yang dinyatakan , jadi sahabat BWS yg saya sygi ni, adakah kita masih mahu mnyimpan sifat ego dalam diri kita ?? 

Allah amat membenci sifat ego sombong takbur :)

🌾 Kesimpulannya

🍃 ingatlah, ego mampu merosakkan masa depan kita di akhirat kelak

🍃 buanglah sifat ego dalam diri kita ni. Iblis dilaknat kerana keegoan dirnya sendiri. Jadikan kisah yang saya ceritakan ni sebagai iktibar untuk kita semua

Faham Dalam Beramal

Bismillah

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ  وَرَسُولِكَ النَّبِيِِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ

Assalamualaikum wbt 
🍃 Tajuk Usrah : Faham Dalam Beramal

sumber : ust Abdulullah khairi..

💕 Naqibah : Ukhty Aqilah

🌾 930malam

sape hadir say Allahuakbar 🌹


Alah SWT berfirman:

اِنَّ  شَرَّ الدَّوَآ بِّ عِنْدَ اللّٰهِ الصُّمُّ الْبُكْمُ الَّذِيْنَ لَا  يَعْقِلُوْنَ


"Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya)."
( Al-Anfal 8: Ayat 22)



: 🌴 Dalam ayat di atas, Allah swt menegur segelintir manusia yang tidak mahu berfikir dan menggunakan akal memahami kebenaran agama.

Menurut Ibnu Kathir perkataan pekak dan bisu yg terdpt dalam ayat diatas bermaksud tdk mahu mendgr dan memahami kebenaran.
mereka tidak mngetahui apa apa. Allah swt mengumpamakan mereka sperti binatang, malah lebih teruk drpd binatang.  ini kerana binatang pun turut mentaati kpd Allah swt sesuai dgn fungsi penciptaannya .. Allahu


: 🤨 Qila nak tanya..

Apa perbezaan antara faham dan tahu? 🙋🏻‍♀

 🌸 Kefahaman ni diproleh selepas seseorg itu berusaha memahami sesuatu itu ataupun maklumat

🌸 Orang yang tahu ni, tak semestinya dia faham..

manakala org yg faham inshaAllah sudah pastinya dia tahu

 😲🧐 Wait wait... apa kaitannya kan 😂😂


sapa ada bersama qila say SubhanaAllah



🌷 Amal tidak sempurna sekirannya tanpa kefahaman yang jelas.

Sebagai contoh

jeng jeng jeng

🌻 semua org tahu hukum menutup aurat itu adalah wajib kan??

tetapi

berapa ramai org yg faham mengapa menutup aurat itu diwajibkan?

jadi 😔 tidak hairan lah kenapa skrg ni masih ramai wanita islam yg tidak menutup aurat.

kalau ditanya, pastinya mereka tahu hukum menutup aurat itu wajib, cuma mereka belum bersedia lagi untuk menutup aurat..

Allahu..
jangan berani ingkar perintah Allah tau kesygan semua

 😡 Bolehkah beralasan seperti tu??  Alasan tu menunjukkan mereka masih belum memahami dgn jelas konsep menutup aurat dalam islam .

 🥀 Terdapat sebilangan wanita yg bertudung, tetapi hujung rambutnya masih lagi dikeluarkan, bahkan pakaiannya juga ketat sperti sarung nangka .

🌵 Ini tidak menepati syarat menutup aurat seperti yg dikehendaki dalam islam.

🌲 Fesyen dijadikan alasan. org yg faham, tidak mnjadikan fesyen sebgai alasan. Islam tidak melarang umat dia berfesyan, tetapi fesyen itu hruslah menepati syarat syarat penutupan aurat seperti yg islam nak. kalau perkara ni difahami, inshaAllah sempurnalah amalan penutupan aurat mereka


 💜 org yg faham akn brusaha menutup auratnya mereka tidak mahu diri mereka menjadi punca mnyebabkan org lain berdosa. mereka faham , seorg hamba mestilah mematuhi arahan penciptanya kerana didalamnya ada kebaikkan. Mana mungkin seorg pekerja boleh melawan arahan ketuanya yg lebih mahir dan pengalaman daripada drinya ?


 💘 Mengapa perlu ada faham dalam beramal???

🎀 kefahaman akan menjadikan seseorg itu berusaha beramal seperti mana yg dikehendaki oleh islam. Tanpa kefahaman, sudah pasti manusia akan sentiasa mencari alasan , melepaskan diri daripada tuntutan agama

 🎈 kefahaman agama perlu ditingkatkan kerana ada kebaikkan yg dijanjikan oleh Allah swt untuk manusia



 muawiyah melaporkan, nabi muhammad saw bersabda :

maksudnya

sesiapa yg Allah kehendaki kebaikan kepadanya, maka Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama

(hadis direkodkan oleh imam al bukhari)


 jadi, qila rasa tu sahaja usrah drpd qila pd malam ni.. andai kata tertypo tersalah taip tak fahamm qila memohon beribu kemaafkan.. segala ilmu ini dri Allah swt..
.
jadi qila tutup usrah qila mlm dgn dgn surah al asr.. 😘



Ku warkahkan kata-kata terakhirku disini.. Detik terindah Ku kembali menapak selangkah demi selangkah menuju kearah hamparan tikar sej...