Monday, 12 March 2018

JAUHI SIFAT EGO

 Bismillah

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ  وَرَسُولِكَ النَّبِيِِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ

malam ni adalah malam pertama kita adakan usrah di group BWS

🍒 jadi saya perkenalkan diri dulu..

Nama : Najwa
umur : 18 tahun
tinggal : terengganu

naqibah minggu ini InshaAllah admin yg akan lead sepenuhnya, memandangkan group ni x stabil lagi untuk buat jadual ye :)

 Allah SWT berfirman:

وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِى الْاَرْضِ مَرَحًا   ۗ  اِنَّ اللّٰهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُوْرٍ


"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."
(Luqman 31:18)

 🚲 Islam adalah agama yang mulia. Justeru, penganut islam dituntut supaya mngamalkan akhlak yg baik sesuai dengan kemuliaan yang sedia ada dalam agama islam.

jadi.....

kita sebgai umat islam  seharusnya menjauhkan diri daripada sifat sifat keji seperti yg dinyatakan dalam ayat ayat al quran dan hadis nabi muhammad s.a.w


🛵 Antara sifat yang perlu dijauhi dan dihindari adalah sifat sombong!!! sombong .

Salim Al-hilali dalam kitabnya bahjatun nazirin tentang sifat sombong. Menurut beliau, sombong adalah perasaan yang hadir apabila seseorg itu merasakan dirinya sempurna, malah lebih baik drpd org. Dia merasakan dirinya berada pada jalan kebenaran melebihi org lain.. 

nauzubillah hi min zalik


 🔥 Ego termasuk dalam salah satu daripada ciri ciri orang yang sombong. Menurut kamus dewan, ego ialah perasaan dimana seseorg itu menganggap dirinya lebih daripada org lain. Dia merasakan dirinya lebih baik ataupun lebih mulia daripada org lain. Ego tidak mendatangkan sebarang kebaikan kpd diri seseorg, apatah lagi kalau dia seorg muslim.

 ☘ Allah s.w.t begitu membenci orang orang yang mempunyai sifat ego.

Allah berfirman :

~maksudnya :

Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang sombong takbur dan membanggakan diri.

(surah an nisa ayat 36)


 kerana ego, iblis merasakan dirinya lebih mulia drpd Adam. Dia menolak arahan Allag swt supaya memberikan tunduk hormat kepada Adam. Iblis dikeluarkan drpd syurga dan dilaknat oleh Allah swt. sehingga hri kiamat.


Allah SWT berfirman:

قَالَ فَاخْرُجْ مِنْهَا فَاِنَّكَ رَجِيْمٌ

"Allah berfirman: Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir."

dan

وَّاِنَّ عَلَيْكَ اللَّعْنَةَ اِلٰى يَوْمِ الدِّيْنِ

"Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat."

(Surah Al-Hijr Ayat34-35)



🌹 Nabi Muhammad s.a.w turut menafikan balasan syurga bagi orang orang yang ada perasaan ego dalam dirinya walaupun hanya sekelumit.
Abdulullah bin Mas'ud melaporkan, Nabi Muhammad SAW berkata :

yang bermaksud :

Tidak masuk syurga sesiapa yang dalam hatinya seberat zarah perasaan sombong 

(hadis direkodkan oleh imam muslim)

: 🌸 iman An-nawawi dalam syarh Shahih Muslim menerangkan, hadis ini mengandungi larangan agar tidak bersifat sombong kepada manusia serta menolak kebenaran. Berdasarkan beberapa keterangan ayat al quran dan hadis yang dinyatakan , jadi sahabat BWS yg saya sygi ni, adakah kita masih mahu mnyimpan sifat ego dalam diri kita ?? 

Allah amat membenci sifat ego sombong takbur :)

🌾 Kesimpulannya

🍃 ingatlah, ego mampu merosakkan masa depan kita di akhirat kelak

🍃 buanglah sifat ego dalam diri kita ni. Iblis dilaknat kerana keegoan dirnya sendiri. Jadikan kisah yang saya ceritakan ni sebagai iktibar untuk kita semua

No comments:

Post a Comment

Ku warkahkan kata-kata terakhirku disini.. Detik terindah Ku kembali menapak selangkah demi selangkah menuju kearah hamparan tikar sej...